Friday, November 30, 2018

Apa Itu Airbnb? Fakta Menarik Airbnb

Apa Itu Airbnb? Fakta Menarik Airbnb



airbnb malaysia



Apa Itu Airbnb? Ada Fakta Menarik Airbnb

Bagi seorang pelabur hartanah, selain daripada menyewakan rumah atau kediaman secara tradisional kepada penyewa dengan bayaran bulanan, anda boleh gunakan platform AirBNB untuk mencari penyewa. Tapi ramai yang tidak tahu tentang kewujudannya, mari kita ambil tahu.

Airbnb biasanya digunakan sebagai pelantar untuk meletak iklan rumah, apartmen atau bilik untuk disewakan. Di Malaysia selama ini portal online yang popular ialah mudah.my, iBilik dan sebagainya. 

Kalau di Airbnb, setiap tuan rumah (host) yang meletakkan iklan penginapan mereka akan melalui beberapa proses pengesahan yang agak ketat.

Apa Itu Airbnb?

Merujuk kepada laman web Airbnb, ia merupakan satu tapak yang memudahkan orang ramai mencari tempat tinggal di serata dunia. Mesti anda biasa tempah bilik hotel secara online kan? Tapi apabila sebut tentang hotel, kita sering mengaitkannya dengan kos yang tinggi dan terhad kepada kumpulan yang kecil.

Dengan adanya Airbnb ini, anda boleh cari tempat penginapan yang sesuai dengan bajet dan bilangan tetamu. Nak bawa anak-beranak seramai 6 orang, carilah rumah teres ke, atau nak bawa keluarga extended pergi jalan-jalan, cari pula rumah yang lebih besar atau keseluruhan apartmen.

Fakta Menarik Airbnb

Airbnb ditubuhkan pada tahun 2008 di Amerika Syarikat. Yang uniknya, mereka tidak memiliki sebarang hartanah, sebaliknya menghubungkan pemilik hartanah dan orang ramai yang mencari tempat penginapan; dan mengenakan caj tempahan sebanyak 3%.

Tahukah anda bahawa pada setiap malam, ada lebih kurang 2 juta orang yang menginap menggunakan Airbnb di 65,000 bandar di seluruh dunia? Dan kini ada lebih daripada 4 juta pilihan rumah di 191 buah negara? Ianya lebih besar daripada gabungan lima buah rangkaian hotel terkemuka dunia.

Pada tahun 2017, mereka telah menjana pendapatan sebanyak $2.6 bilion US Dolar dan untung bersih sebanyak $93 juta US Dolar.

Mengapa Airbnb Diyakini Ramai?

Satu ciri yang amat ditekankan oleh Airbnb ialah kepercayaan. Ianya berpegang di atas beberapa perkara berikut:

1. Penilaian Risiko

Setiap tempahan Airbnb dinilai risikonya sebelum disahkan. Kami menggunakan analitik ramalan dan pembelajaran mesin untuk menilai dengan segera beratus-ratus isyarat yang membantu kami menanda dan menyiasat aktiviti yang mencurigakan sebelum ia berlaku.

2. Senarai Pantau & Pemeriksaan Latar Belakang

Walaupun tiada sistem saringan yang sempurna, pada peringkat global kami menyaring hos dan tetamu berdasarkan senarai pantau pengawalseliaan, pengganas, dan sekatan.

3. Kesiapsiagaan

Kami menjalankan bengkel keselamatan secara rutin dengan hos dan pakar tempatan terkemuka dan memberikan hos kad keselamatan dalam talian dengan maklumat tempatan penting untuk tetamu mereka. Hos juga boleh memohon pengesan asap dan karbon monoksida percuma untuk penginapan mereka.

4. Bayaran Selamat

Pelantar keselamatan kami memastikan wang anda sampai kepada hos—sebab itulah kami meminta anda untuk sentiasa membuat bayaran melalui Airbnb dan jangan sekali-kali menghantar wang melalui kawat atau membayar kepada sesiapa secara langsung.

5. Perlindungan Akaun

Kami mengambil beberapa langkah untuk menjaga akaun Airbnb anda, seperti memerlukan pengesahan berbilang faktor apabila berlaku percubaan untuk log masuk daripada telefon atau komputer baharu dan menghantar pemberitahuan akaun kepada anda apabila perubahan dibuat.

6. Pencegahan Penipuan

Sentiasa bayar dan berkomunikasi terus melalui laman web atau aplikasi Airbnb. Asalkan anda terus berada di laman web atau aplikasi Airbnb sepanjang proses—dari komunikasi, hingga ke tempahan, hingga ke bayaran—anda dilindungi oleh strategi berbilang lapisan kami.
Airbnb Di Malaysia

Malaysia mempunyai laman web sendiri di mana anda boleh masukkan maklumat seperti tarikh nak daftar masuk, tarikh daftar keluar, berapa orang dewasa dan berapa kanak-kanak. Selepas itu, tekan butang ‘Search’ dan keluarlah semua tempat-tempat yang berkenaan. Lepas tu boleh filter pula mengikut bajet yang bersesuaian.

Atau kalau tak tau nak duduk dekat mana, tengok je rumah-rumah yang popular. Ada yang serendah RM129 saja semalam, dan yang pasti semuanya mempunyai rating yang tinggi. Jadi boleh rancang percutian akan datang untuk keluarga dan tempahlah dengan yakin.

Fakta Menarik Airbnb Di Malaysia

Jom kita lihat pula beberapa fakta menarik mengenai Airbnb di Malaysia:
  • Penyenaraian pertama pada April 2010
  • Kuala Lumpur mempunyai paling banyak penyenaraian tempat penginapan, diikuti dengan Pulau Pinang, Melaka, Petaling Jaya dan Johor Bahru
  • Hos di Malaysia memperolehi pendapatan $48.1 juta US Dolar pada tahun 2017, melebihi dua kali ganda daripada $23.3 juta yang diperolehi pada tahun 2016
  • Pengguna Airbnb di Malaysia paling ramai daripada Asia Pasifik, diikuti dengan Singapura, Indonesia, benua Eropah, Thailand, China dan Australia
  • Tempat unik kegemaran Airbnb termasuklah rumah tradisi Melayu di Kampung Baru Kuala Lumpur, Jonker Street di Melaka dan Yong Yi Yuen, rumah berusia 100 tahun zaman selebum perang di tengah-tengah George Town, Pulau Pinang.
  • 81% penyenaraian adalah untuk seluruh rumah, bakinya untuk penyewaan bilik
  • Seorang hos memperolehi pendapatan $1,200 US Dolar setahun pada tahun 2017, berkurangan daripada $1,400 US Dolar setahun pada tahun 2016


Bagus Ke Tak Bagus Untuk Pelaburan?

Kalau diikutkan bagus, kerana semakin ramai menggunakan Airbnb untuk menempah tempat tinggal mereka. Kita dapat lihat bagaimana pada tahun lepas (2017), lebih RM200 juta diperolehi hos Airbnb di Malaysia.

Tapi bilangan penyenaraian turut meningkat seiring dengan bilangan pengguna. Ini menyebabkan purata yang diperolehi menurun, kerana persaingan lebih hebat yang berlaku. Bila dah ramai hos, kena berebut untuk mendapatkan pelanggan pula.

Sebab itu, anda perlu buat tempat tinggal anda unik dan lain daripada yang lain. Barulah ramai yang akan pilih rumah anda, sekaligus menjadikan anda seorang Super Host.

Untuk perkongsian akan datang, kita akan tengok Fakta Menarik Mengenai Airbnb Di Kuala Lumpur (KL). 

Kalau nak tahu, ada yang dapat menjana pendapatan sehingga RM25,000 sebulan dengan Airbnb ini. Dan jangan ingat rumah yang berharga RM4,000 satu malam, takde orang sewa tau.


Sumber: Adaptasi dari Sinar Harian: Apa Itu Airbnb? Juga Ada Fakta Menarik Airbnb

No comments:

Post a Comment