Friday, November 30, 2018

Mana Untung Buat Homestay Atau Buat Rumah Sewa - Pengalaman Seorang Usahawan Homestay






Mana Untung Buat Homestay Atau Buat Rumah Sewa

Pengalaman Seorang Usahawan Homestay


Bermula dengan sebuah homestay, kini dah ada 12 homestay...


lesen homestay

Kerana minat mendalam terhadap aktiviti pemotoran berkuasa tinggi yang memerlukan belanja besar mendorong Encik Syafie Bustan memikirkan cara lain bagi menambah pendapatan.

Syafie yang ketika itu bergaji RM1,800 sebulan sebagai pegawai kewangan di Telekom Malaysia mengakui gajinya tidak cukup untuk menampung perbelanjaan bagi memiliki motosikal berkuasa tinggi.

Kebetulan pula graduan MMU dalam bidang perakaunan ini memang terdedah kepada dunia hartanah kerana suka membaca buku berkaitan hartanah terutama dari penulisan Azizi Ali telah membuka mata untuk menceburi bidang pelaburan hartanah.


cabaran-bisnes-homestay
Syafie Bustan
"Hartanah adalah pelaburan stabil sedangkan 'makan gaji' pendapatannya adalah terhad. Dari situ itu, saya mula buka mata untuk menceburi perniagaan hartanah dengan membeli aset sendiri, sekali gus dapat membantu saya meneruskan hobi pemotoran," kata Syafie Bustan yang berusia 38 tahun.

Berdasarkan pembacaan, Syafie membelanja bonus pertamanya yang sebagai deposit membeli rumah baharu pertama miliknya iaitu rumah pangsa di bawah RM150,000 yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Beberapa tahun kemudian, Syafie membuat pembiayaan semula rumahnya untuk dijadikan modal bagi membeli lagi rumah termasuk rumah subsale dan lelong.

Daripada sebiji rumah, kini anak kelahiran Melaka ini memiliki 12 rumah sendiri di sekitar Selangor dan Melaka. Wow....

"Ketika mula berkecimpung dalam hartanah, saya tidak ada pengalaman. Apa yang saya lakukan, saya try and error, ada beberapa kes juga saya hadapi masalah selepas membeli rumah.

"Daripada itulah, saya terus belajar dalam bidang hartanah dan mendorong saya terus berada dalam industri ini sehingga hari ini," katanya yang kini juga telah memiliki dua motosikal model Goldwing dan dua model Harley Davidson.

Selepas melihat potensi cerah dalam pelaburan hartanah, Syafie mengambil keputusan berhenti bekerja dan menumpukan sepenuh perhatian dalam industri hartanah selepas 7 tahun bekerja.

Mulai 2009, Syafie meneruskan penglibatan dalam hartanah sepenuh masa dengan membuka syarikat, JRL Consultancy bersama rakannya yang terlibat dalam rumah lelong dan homestay.

"Saya beli rumah lelong dan hias cantik-cantik kemudian jadikan rumah itu sebagai homestay. Rata-rata di Melaka dan Selangor," katanya.

Mengulas lanjut mengapa dia memilih homestay bagi pelaburan hartanahnya, Syafie berkata, bisnes homestay mendatangkan pulangan lumayan berbanding sewa bulanan dan dalam masa yang sama beliau dapat memastikan rumah sentiasa dijaga dengan cantik.

Bergerak selangkah ke hadapan, Syafie membuka homestay kontena di Melaka yang terletak di Bukit Katil sejak tahun lalu (2016).

Pada masa akan datang, Syafie turut merancang untuk membuka homestay kontena di Hulu Langat yang dijangka akan memulakan pembinaan pada akhir tahun ini.

Setiap kali cuti sekolah atau cuti panjang, homestay akan menjadi rebutan orang ramai khususnya keluarga yang ingin bercuti bersama-sama.

Sejak kebelakangan ini, orang lebih suka memilih homestay kerana ruang  lebih besar dan harga yang murah. Situasi itu menyebabkan homestay sering penuh ditempah ketika musim tersebut.

Bagi sesiapa yang mempunyai modal, ini peluang buat duit dengan homestay.

Selama 14 tahun berkecimpung dalam homestay, apakah masa depan industri ini?

Permintaan terhadap homestay sangat tinggi kebelakangan ini. Dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, orang ramai lebih prihatin dengan harga penginapan yang mahal. Mereka memilih untuk menginap di homestay. 

Walaupun berhadapan dengan persaingan tinggi, namun kemudahan homestay masih tidak mencukupi. Sebab itu, saya bina homestay kontena di Bukit Katil, Melaka, bagi memenuhi permintaan orang ramai dengan harga rendah. 

Kami menawarkan harga serendah RM150 sebilik bagi penginapan 2 hari 1 malam pada Isnin hingga Jumaat dan RM180 ketika cuti sekolah dan cuti umum.

Selain itu, pemilik homestay ini mempunyai homestay yang telah beroperasi di Melaka dan Selangor.


Kenapa pilih bina homestay kontena?

Syafie Bustan memilih homestay jenis ini kerana kos pembinaan murah berbanding membina sebuah rumah untuk tujuan yang sama. Untuk keseluruhan kos homestay ini, beliau hanya melaburkan kira-kira RM150,000 bagi lapan bilik dan sebuah kolam renang. 

Homestay dengan menggunakan kontena juga boleh dibina secara berperingkat mengikut bajet dan boleh ditambah pada masa akan datang. Syaratnya pengusaha perlu ada tanah sendiri untuk membina homestay tersebut.

Homestay kontena juga boleh dihasilkan mengikut kreativiti pengusaha sendiri agar nampak unik, kasual dan menarik.

Malah, proses pembinaan homestay jenis ini lebih cepat dan memandangkan kontena adalah mudah alih. Harga kontena juga berbeza bergantung kepada pembekal dengan harga bermula daripada RM3,500 bagi kontena 20 kaki hingga RM7,500 untuk kontena 40 kaki.

Sebagai kemudahan dan tarikan tambahan, Syafie Bustan menyediakan kolam renang yang dibina dengan kos RM50,000.

Jika ada berminat membuat homestay, apakah yang disediakan?

Selain menyediakan kemudahan homestay, Syafie Bustan juga menawarkan khidmat latihan kepada orang ramai yang berminat dengan perniagaan ini. Syafie Bustan mahu lebih ramai terlibat dalam industri homestay bagi memenuhi permintaan yang masih tidak mencukupi bukan sahaja di Melaka, tetapi seluruh negara.

Setakat ini, Syafie Bustan buat lima sesi setiap 3 bulan sekali bagi sekurang-kurangnya 15 orang bagi setiap sesi. Kelas ini beliau anjurkan bagi membantu membuka mata terhadap peluang yang ada dalam homestay.

Apakah kelebihan menjalankan perkhidmatan homestay?

Pertama, adalah pulangan atau keuntungan berlipat ganda jika dibandingkan dengan sewa bulanan. Jika sewa bulanan sebulan berharga RM600, tetapi dengan homestay boleh dapat sehingga RM1,500 bersih sebulan. 

Sejak beroperasi pada April tahun lalu (2016), Homestay Kontena Melaka mencatatkan keuntungan 5 kali ganda berbanding sewa bulanan iaitu RM8,000 hingga RM10,000 sebulan.

Selain itu, walaupun ada yang mengatakan bahawa homestay agak rumit untuk diusahakan, namun bagi Syafie Bustan, ia memberi kelebihan apabila rumah dibeli tidak rosak dan boleh dijaga dengan baik kerana hanya disewa berdasarkan hari.

Oleh sebab itu, adalah mustahak mengupah individu tertentu bagi menguruskan aktiviti pembersihan setiap homestay setiap kali orang keluar (check out) bagi memastikan tahap kebersihan yang terbaik.

Apakah yang perlu diketahui untuk membuka homestay?

Yang paling penting adalah aktiviti pemasaran. Sebagai pengusaha homestay, kita tidak boleh berhenti, ia perlu dilakukan secara berterusan, tidak kira menggunakan medium atau platform seperti Facebook mahupun laman web. Bagi homestay kontena Melaka Syafie Bustan banyak buat pemasaran melalui Facebook.

Selain itu, sebelum membuka sesebuah homestay, pengusaha perlu mengambil tahu lokasi homestay yang ingin dibangunkan sama ada dekat dengan kawasan tarikan seperti pantai, tempat bersejarah dan pusat membeli-belah.

Apakah tarikan homestay kontena Melaka?

Homestay ini di dirikan menggunakan badan kontena dan mempunyai dua tingkat dilengkapi dengan katil queen, sofa bed, tandas dan pemanas air, pendingin hawa, televisyen, pemain DVD, Astro Beyond dan wifi.

Homestay ini menawarkan penginapan berkonsepkan moden dan santai yang terletak 7 kilometer daripada pusat bandar Melaka, 4 kilometer dari Ayer Keroh dan berhampiran dengan kawasan tumpuan pelancong kerana berdekatan dengan MITC, Zoo Melaka, Taman Buaya, Bayou Water Park dan Gold Cost Melaka.

Jika anda seorang pengusaha homestay, dan mahukan pengurusan homestay bertaraf antarabangsa dan gaya jutawan, dapatkan ebook Jutawan Homestay  dan "tiru macam saya". 

1 comment:

  1. salam boleh saya dapatkan no.contact utk mengetahui homestay di melaka
    pm..0187934240

    ReplyDelete