Showing posts with label bisnes homestay. Show all posts
Showing posts with label bisnes homestay. Show all posts

Thursday, December 6, 2018

Program Homestay Malaysia Diiktiraf Oleh Antarabangsa

Program Homestay Malaysia Diiktiraf Oleh Antarabangsa


Program homestay yang dibangunkan Kementerian Pelancongan mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa apabila memenangi tempat pertama Anugerah 'Ulysses' kategori Inovasi Dalam Dasar Awam dan Governan di Istanbul, Turki pada November 2012



Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, Malaysia adalah satu-satunya negara Asia yang mendapat pengiktirafan Organisasi Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) itu bersama 4 negara lain iaitu Brazil, Mexico, Austria dan Sepanyol yang memenangi kategori masing-masing.



Jelas beliau, pengiktirafan itu adalah hasil usaha kementerian dalam membangunkan program pelancongan baharu iaitu Program Pengalaman Homestay Malaysia yang berasaskan kegiatan ekonomi dan sosial di luar bandar.



"Sejak dilancarkan pada 2005, program homestay telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan perkembangan itu menyaksikan peningkatan jumlah pelancongan setiap tahun.

"Pada 2006, sebanyak 31,833 pelancong dalam dan luar negara dicatatkan diikuti sebanyak 65,715 (2007), 91,533 (2008), 161,561 (2009), 196,472 (2010) dan 254,981 (2011)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Yen Yen, menerusi program homestay tersebut, pelancong berpeluang untuk tinggal bersama penduduk di kawasan luar bandar dan mempelajari cara hidup serta budaya tempatan.


"Sepanjang menetap di kawasan itu, mereka berkesempatan mengenali produk pelancongan negara seperti makanan, pakaian, dan hiasan yang belum pernah dilihat sebelumnya," ujarnya.

Katanya, program tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada pelancong, malah telah menjadi sumber pendapatan bagi masyarakat tempatan dan luar bandar.

Dalam perkembangan lain, beliau melahirkan rasa bimbang terhadap kualiti kemudahan awam negara terutamanya pemandu teksi yang tidak memberi perkhidmatan dengan sebaiknya.

"Banyak aduan diterima berhubung tindakan sesetengah pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab mengenakan tambang sesuka hati tanpa menggunakan meter.

"Sehubungan itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Malaysia telah menjalankan kajian mengenai perkhidmatan pemandu teksi dan mengenalpasti langkah bagi menangani masalah itu," ujarnya.

Terdahulu, beliau menyerahkan replika cek bernilai RM180,000 hasil sumbangan Hotel Shangri-La kepada 7 pesakit jantung bagi meringankan beban mereka untuk menjalani pembedahan.


Sumber: Adaptasi dari Utusan Malaysia, 21/11/2012


Friday, November 30, 2018

Mana Untung Buat Homestay Atau Buat Rumah Sewa - Pengalaman Seorang Usahawan Homestay






Mana Untung Buat Homestay Atau Buat Rumah Sewa

Pengalaman Seorang Usahawan Homestay


Bermula dengan sebuah homestay, kini dah ada 12 homestay...


lesen homestay

Kerana minat mendalam terhadap aktiviti pemotoran berkuasa tinggi yang memerlukan belanja besar mendorong Encik Syafie Bustan memikirkan cara lain bagi menambah pendapatan.

Syafie yang ketika itu bergaji RM1,800 sebulan sebagai pegawai kewangan di Telekom Malaysia mengakui gajinya tidak cukup untuk menampung perbelanjaan bagi memiliki motosikal berkuasa tinggi.

Kebetulan pula graduan MMU dalam bidang perakaunan ini memang terdedah kepada dunia hartanah kerana suka membaca buku berkaitan hartanah terutama dari penulisan Azizi Ali telah membuka mata untuk menceburi bidang pelaburan hartanah.


cabaran-bisnes-homestay
Syafie Bustan
"Hartanah adalah pelaburan stabil sedangkan 'makan gaji' pendapatannya adalah terhad. Dari situ itu, saya mula buka mata untuk menceburi perniagaan hartanah dengan membeli aset sendiri, sekali gus dapat membantu saya meneruskan hobi pemotoran," kata Syafie Bustan yang berusia 38 tahun.

Berdasarkan pembacaan, Syafie membelanja bonus pertamanya yang sebagai deposit membeli rumah baharu pertama miliknya iaitu rumah pangsa di bawah RM150,000 yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Beberapa tahun kemudian, Syafie membuat pembiayaan semula rumahnya untuk dijadikan modal bagi membeli lagi rumah termasuk rumah subsale dan lelong.

Daripada sebiji rumah, kini anak kelahiran Melaka ini memiliki 12 rumah sendiri di sekitar Selangor dan Melaka. Wow....

"Ketika mula berkecimpung dalam hartanah, saya tidak ada pengalaman. Apa yang saya lakukan, saya try and error, ada beberapa kes juga saya hadapi masalah selepas membeli rumah.

"Daripada itulah, saya terus belajar dalam bidang hartanah dan mendorong saya terus berada dalam industri ini sehingga hari ini," katanya yang kini juga telah memiliki dua motosikal model Goldwing dan dua model Harley Davidson.

Selepas melihat potensi cerah dalam pelaburan hartanah, Syafie mengambil keputusan berhenti bekerja dan menumpukan sepenuh perhatian dalam industri hartanah selepas 7 tahun bekerja.

Mulai 2009, Syafie meneruskan penglibatan dalam hartanah sepenuh masa dengan membuka syarikat, JRL Consultancy bersama rakannya yang terlibat dalam rumah lelong dan homestay.

"Saya beli rumah lelong dan hias cantik-cantik kemudian jadikan rumah itu sebagai homestay. Rata-rata di Melaka dan Selangor," katanya.

Mengulas lanjut mengapa dia memilih homestay bagi pelaburan hartanahnya, Syafie berkata, bisnes homestay mendatangkan pulangan lumayan berbanding sewa bulanan dan dalam masa yang sama beliau dapat memastikan rumah sentiasa dijaga dengan cantik.

Bergerak selangkah ke hadapan, Syafie membuka homestay kontena di Melaka yang terletak di Bukit Katil sejak tahun lalu (2016).

Pada masa akan datang, Syafie turut merancang untuk membuka homestay kontena di Hulu Langat yang dijangka akan memulakan pembinaan pada akhir tahun ini.

Setiap kali cuti sekolah atau cuti panjang, homestay akan menjadi rebutan orang ramai khususnya keluarga yang ingin bercuti bersama-sama.

Sejak kebelakangan ini, orang lebih suka memilih homestay kerana ruang  lebih besar dan harga yang murah. Situasi itu menyebabkan homestay sering penuh ditempah ketika musim tersebut.

Bagi sesiapa yang mempunyai modal, ini peluang buat duit dengan homestay.

Selama 14 tahun berkecimpung dalam homestay, apakah masa depan industri ini?

Permintaan terhadap homestay sangat tinggi kebelakangan ini. Dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, orang ramai lebih prihatin dengan harga penginapan yang mahal. Mereka memilih untuk menginap di homestay. 

Walaupun berhadapan dengan persaingan tinggi, namun kemudahan homestay masih tidak mencukupi. Sebab itu, saya bina homestay kontena di Bukit Katil, Melaka, bagi memenuhi permintaan orang ramai dengan harga rendah. 

Kami menawarkan harga serendah RM150 sebilik bagi penginapan 2 hari 1 malam pada Isnin hingga Jumaat dan RM180 ketika cuti sekolah dan cuti umum.

Selain itu, pemilik homestay ini mempunyai homestay yang telah beroperasi di Melaka dan Selangor.


Kenapa pilih bina homestay kontena?

Syafie Bustan memilih homestay jenis ini kerana kos pembinaan murah berbanding membina sebuah rumah untuk tujuan yang sama. Untuk keseluruhan kos homestay ini, beliau hanya melaburkan kira-kira RM150,000 bagi lapan bilik dan sebuah kolam renang. 

Homestay dengan menggunakan kontena juga boleh dibina secara berperingkat mengikut bajet dan boleh ditambah pada masa akan datang. Syaratnya pengusaha perlu ada tanah sendiri untuk membina homestay tersebut.

Homestay kontena juga boleh dihasilkan mengikut kreativiti pengusaha sendiri agar nampak unik, kasual dan menarik.

Malah, proses pembinaan homestay jenis ini lebih cepat dan memandangkan kontena adalah mudah alih. Harga kontena juga berbeza bergantung kepada pembekal dengan harga bermula daripada RM3,500 bagi kontena 20 kaki hingga RM7,500 untuk kontena 40 kaki.

Sebagai kemudahan dan tarikan tambahan, Syafie Bustan menyediakan kolam renang yang dibina dengan kos RM50,000.

Jika ada berminat membuat homestay, apakah yang disediakan?

Selain menyediakan kemudahan homestay, Syafie Bustan juga menawarkan khidmat latihan kepada orang ramai yang berminat dengan perniagaan ini. Syafie Bustan mahu lebih ramai terlibat dalam industri homestay bagi memenuhi permintaan yang masih tidak mencukupi bukan sahaja di Melaka, tetapi seluruh negara.

Setakat ini, Syafie Bustan buat lima sesi setiap 3 bulan sekali bagi sekurang-kurangnya 15 orang bagi setiap sesi. Kelas ini beliau anjurkan bagi membantu membuka mata terhadap peluang yang ada dalam homestay.

Apakah kelebihan menjalankan perkhidmatan homestay?

Pertama, adalah pulangan atau keuntungan berlipat ganda jika dibandingkan dengan sewa bulanan. Jika sewa bulanan sebulan berharga RM600, tetapi dengan homestay boleh dapat sehingga RM1,500 bersih sebulan. 

Sejak beroperasi pada April tahun lalu (2016), Homestay Kontena Melaka mencatatkan keuntungan 5 kali ganda berbanding sewa bulanan iaitu RM8,000 hingga RM10,000 sebulan.

Selain itu, walaupun ada yang mengatakan bahawa homestay agak rumit untuk diusahakan, namun bagi Syafie Bustan, ia memberi kelebihan apabila rumah dibeli tidak rosak dan boleh dijaga dengan baik kerana hanya disewa berdasarkan hari.

Oleh sebab itu, adalah mustahak mengupah individu tertentu bagi menguruskan aktiviti pembersihan setiap homestay setiap kali orang keluar (check out) bagi memastikan tahap kebersihan yang terbaik.

Apakah yang perlu diketahui untuk membuka homestay?

Yang paling penting adalah aktiviti pemasaran. Sebagai pengusaha homestay, kita tidak boleh berhenti, ia perlu dilakukan secara berterusan, tidak kira menggunakan medium atau platform seperti Facebook mahupun laman web. Bagi homestay kontena Melaka Syafie Bustan banyak buat pemasaran melalui Facebook.

Selain itu, sebelum membuka sesebuah homestay, pengusaha perlu mengambil tahu lokasi homestay yang ingin dibangunkan sama ada dekat dengan kawasan tarikan seperti pantai, tempat bersejarah dan pusat membeli-belah.

Apakah tarikan homestay kontena Melaka?

Homestay ini di dirikan menggunakan badan kontena dan mempunyai dua tingkat dilengkapi dengan katil queen, sofa bed, tandas dan pemanas air, pendingin hawa, televisyen, pemain DVD, Astro Beyond dan wifi.

Homestay ini menawarkan penginapan berkonsepkan moden dan santai yang terletak 7 kilometer daripada pusat bandar Melaka, 4 kilometer dari Ayer Keroh dan berhampiran dengan kawasan tumpuan pelancong kerana berdekatan dengan MITC, Zoo Melaka, Taman Buaya, Bayou Water Park dan Gold Cost Melaka.

Jika anda seorang pengusaha homestay, dan mahukan pengurusan homestay bertaraf antarabangsa dan gaya jutawan, dapatkan ebook Jutawan Homestay  dan "tiru macam saya". 

Thursday, October 18, 2018

Cabaran dan Mesalah Dalam Bisnes Homestay




Cabaran dan Mesalah Dalam Bisnes Homestay


Menjadi pengusaha homestay tidak selalunya indah. Ia akan menjadi indah jika semuanya berjalan dengan lancar dan teratur. Bisnes homestay akan memeningkan kepala jika tidak berlaku seperti yang dirancangkan.

Walaubagaimanapun segala masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, yang pasti kita sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.

Mengapa Tidak Mengambil Deposit Homestay

Cabaran pengusaha homestay yang pertama ialah mengenai bakal penginap, semasa menginap dan setelah selesai menginap. Panggilan daripada penginap buat pertama kalinya, kita pasti akan merasa teramat teruja hingga kita lupa segala galanya. Kita lupa bertanyakan nama, tempat tinggal penginap dan tujuan menginap. Yang kita ingat hanyalah tarikh check in dan check out.

Sampai masa yang dijanjikan bakal penginap tidak datang, sebelum ini kita dah menolak beberapa permintaan dari penginap lain. Telefon beberapa kali, tidak berangkat. Ishh...memang confirm tidak jadi nih. Untuk mengelakkan rugi 100%, sejumlah deposit memang perlu diambil. Sekurang kurangnya kita ambil 30%.

Mengapa deposit perlu diambil, pertama sekali tanda confirm booking, ini untuk kepentingan penginap sendiri. Kita tidak mahu ada pertindanan beberapa orang penginap yang berbeza tetapi pada masa yang sama.

Yang kedua ialah untuk mengurangkan kos kerugian oleh pengusaha homestay, apabila bakal penginap membatalkan penginapan di saat akhir. Ini untuk mengelakkan bakal penginap dengan sewenang wenangnya membatalkan penginapan dan memilih hometay yang lain.

Terdapat juga bakal penginap yang sudah bayar deposit dan sudah sampai di homestay, tiba tiba membatalkan penginapan, kadang kadang alasan yang diberi tidak munasabah seperti ada anak keciklah, jauhlah, nak homestay yang bangunan solo dan macam macam. Kadang kadang terfikir, di mana logiknya alasan tersebut.

Isu Homestay Yang Dikatakan Jauh!

Menurut pengalaman penulis, ada bakal penginap yang memberi alasan jauh, hasil dari carian Google maps. Sedangkan jalan yang dilaluinya bukan itu sahaja laluannya. Banyak lagi laluan ke lokasi homestay yang terbukti lebih dekat dan mudah. Macamana hendak mengatasi masalah itu, maknanya sejurus sahaja bakal penginap sampai di daerah berdekatan dan panggilah pemilik homestay yang pelanggan dah sampai dan akan datang ke homestay melalui google maps.

Secepat mungkin beritahu dengan jelas jalan utama yang harus mereka lalui. Jika tidak bakal penginap akan melalui jalan alternatif yang penuh dengan hutan rimba atau jalan berlubang lubang atau menyelusuri sungai. Akhirnya mereka berpendapat homestay kita tidak seperti indah yang digambarkan melalui media sosial. Pasti terpalit perkara perkara negatif.

Minta Sewa Homestay Dikurangkan

Terdapat juga bakal penginap yang meminta supaya sewa dikurangkan, ini bergantung kepada budi bicara pengusaha homestay. Bagi penulis jika hari biasa bolehlah kurang sedikit, tetapi jika hari cuti sekolah atau cuti umum, apabila permintaan untuk menginap di homestay tinggi, maka pengurangan sewa homestay tidak sepatutnya berlaku.

Malah bakal penginap harus tahu, harga yang ditetapkan oleh pengusaha homestay sebenarnya sudah cukup berbaloi terutamanya homestay yang memiliki infrastruktur yang mencukupi dan lengkap, sebab apa, sudah dapat homestay yang berbaloi dengan harga yang berpatutan dan kemudahan lengkap. Maka, penginap tidak seharusnya kedekut membayar.

Check-in Check-Out

Satu perkara lagi, bakal penginap yang tidak menegaskan bila nak check in atau check out. Sesungguh setiap apa yang kita lakukan ketegasan itu amat penting. Jika tiada ketegasan ,sesuatu keputusan sukar dibuat. Dan untuk makluman bakal penginap, pengusaha homestay orang bisnes dan sebagai orang bisnes masa amat penting. Maka tetapkan masa check in dan check out dengan jelas dan pasti supaya tiada pembaziran masa menunggu di situ.

Untuk mengatasi masalah in, ketegasan perlu ada kepada pengusaha homestay. Apabila ada ketegasan maka ada keputusan yang jelas maka kita tidak akan membazir masa sewenang wenangnya. Masa yang ada boleh digunakan untuk mengurus serta mengemaskini fail fail malah boleh digunakan untuk promote homestay Sebagai pengusaha homestay yang punya impian besar, pasti dapat menerima kenyataan ini dengan fikiran terbuka dan positif serta mencari cara mengatasi masalah sejurus berlakunya sesuatu masalah.

Masalah Fizikal Homestay

Cabaran juga timbul semasa penginap menginap, sebagai contoh pengusaha mesti bersedia jika berlaku sesuatu yang tidak diingini sebagai contoh black out, paip air tercabut, tombol pintu utama rosak atau litar pintas. Pengusaha homestay mesti bersedia dari segi mental dan fizikal, maknanya kita bersedia atas apa kemungkinan yang berlaku, juga bersedia membaikinya pada bila bila masa.

Disiplin Penginap Homestay - Bau Asap Rokok

Cabaran ketiga ialah selepas penginap check out. Ada penginap yang tidak mengendahkan arahan jangan merokok di dalam homestay. Keadaan ini membuatkan pengusaha homestay pening kepala untuk melenyapkan bau asap rokok dalam homestay. Penat betul, jika kita selaku penginap memang tidak selesa jika ada bau-bau yang tidak menyenangkan terutamanya di dalam homestay itu sendiri.

Nampak remeh, tetapi itulah kenyataan, segala peralatan seperti toto, selimut, sarung bantal, cadar. sarung kusyen dan langsir semua bau asap rokok. Semuanya mesti basuh dan ditukar, bau asap rokok memakan masa beberapa hari untuk dihilangkan, maka perkara utama yang perlu ditegaskan kepada bakal penginap ialah larangan merokok di dalam homestay, tegaskannya sejurus penginap check in. Tampalkan poster larangan merokok di segenap penjuru ruang jika pengusaha homestay terlupa beritahu.

Pengusaha homestay wajib mengetahui petua petua tradisional atau moden bagaimana cara untuk menghilangkan bau asap rokok. Kepada bekas penginap homestay, ini adalah tanda tanda anda atau keluarga anda akan diterima untuk sekian kalinya. Kami akan lebih berhati hati untuk menerima anda semula.

Sebagai penginap homestay bertangungjawab, sama sama kita mengambil tanggungjawab ini dengan serius supaya tiada orang yang susah atau sakit hati. Ada juga di kalangan penginap yang sempat lagi membersihkan persekitaran homestay menyapu mencuci malah membakar sampah yang digunakan sebelum check out. Dapat penginap seperti ini, alhamdulillah, ia dialukan oleh pengusaha homestay dan mengharapkan kedatangan mereka lagi.

Akhir sekali, jadikan bisnes homestay sebagai kerjaya utama pengusaha homestay bukan sekadar pendapatan sampingan sahaja. Impikan sesuatu yang mengembirakan yang akan berlaku hasil daripada bisnes ini. Kembangkan bisnes homestay secara perlahan lahan dengan cara memberi personal coach, kursus asas pengusaha homestay, freelance blogger tentang homestay, pengurus agensi pelancongan antarabangsa dan sebagainya. Selamat berjaya.

Tuesday, October 2, 2018

Garis Panduan Bisnes Homestay Wajib Untuk Pengusaha Homestay




Garis Panduan Bisnes Homestay Wajib Untuk Pengusaha Homestay




Anda mahu memulakan perniagaan homestay? Anda tak tahu apa yang patut tahu. Jangan risau saya nak syer satu link yang anda boleh dapatkan Garis Panduan Homestay. Klik link ini:

Jutawan Homestay - Panduan Urus Bisnes Homestay Gaya Jutawan

Perniagaan Homestay - Lapan Langkah Permulaan Bisnes Ini Usahawan Wajib Tahu