Showing posts with label homestay. Show all posts
Showing posts with label homestay. Show all posts

Monday, December 3, 2018

Ebook Panduan Pengurusan Homestay Gaya Jutawan

Ebook Panduan Pengurusan Homestay Gaya Jutawan

panduan pengurusan homestay

Ebook untuk pengusaha homestay yang mahu meningkatkan mutu perniagaan homestay ke world class standard...

Fardain Properties Sdn Bhd buat kali kalinya melancarkan ebook Jutawan Homestay: Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan.

Pengarahnya saudara Faridil Atras Abd Rahman berkata, ebook tersebut dilancarkan bertujuan bagi membantu pemilik dan bakal usahawan homestay menjana pendapatan dengan panduan lengkap pengurusan dan pemasaran perniagaan inap desa (homestay)

Katanya, ramai pemilik mempunyai homestay tetapi tidak tahu teknik pengurusan dan strategi pemasaran yang betul.

“Di dalam ebook ini, saya berkongsi pengalaman saya menguruskan homestay. Daripada mula memilih lokasi, jenis homestay, menetapkan harga, membuat iklan hinggalah kepada perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas pelanggan ‘check-out’ dari homestay.

“Antara isi kandungan dalam ebook ini adalah tip dan petua pemilihan dan pemilikan homestay, penyediaan homestay, seperti bagaimana hendak menghias agar nampak eksklusif,” katanya.

Menurut Faridil, antara kandungan lain yang turut dikongsikan dalam ebook tersebut termasuk bagaimana untuk mengembangkan bisnes homestay.

“ebook ini sudah pun berada di pasaran sebulan lalu. Ianya sangat lengkap dan akan dapat membantu para pemilik homestay menguruskan bisnes dengan lebih teratur dan berjaya,” katanya.

Faridil yang juga pemilik kepada rangkaian homestay Fardain Place berkata, ebook ini juga sesuai untuk mereka yang mahu belajar dengan cepat tentang cara menjalankan dan menguruskan homestay.

Sejak dilancarkan pada April lalu, sebanyak 400 unit terjual dengan sasaran lebih satu juta pemilik homestay di seluruh negara menggunakan ebook tersebut sebagai panduan lengkap pengurusan dan pemasaran perniagaan homestay.




Thursday, November 29, 2018

Pengalaman Seorang Jutawan Homestay


Pengalaman Seorang Jutawan Homestay

Bermula dengan sebuah impian...



lesen-homestay
Faridilatras dan Ain Farahati (kanan) pemilik homestay elit di Kuala Lumpur.


Siapa sangka, bermula dengan sebuah impian, pasangan suami isteri ini berjaya memiliki hartanah di ibu kota Kuala Lumpur yang bernilai tinggi.



Selain memiliki Homestay Fardain Place, pasangan ini juga memiliki beberapa unit rumah dan menjadikannya homestay elit sehebat hotel terkemuka di sekitarnya. 

Sikap merendah diri pasangan suami isteri ini memiliki kejayaan yang hebat, dikagumi ramai malah ada yang menggelarkan mereka sebagai jutawan hartanah.

Faridilatras Abd Rahman, 38, berkata, dia selalu memasang impian tersebut setiap kali melalui kawasan pembinaan Regalia Residence, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, beberapa tahun lalu setiap kali pergi dan balik kerja.

“Pada mulanya, ia hanya kata hati untuk memiliki hartanah bernilai tinggi di kawasan kota metropolitan dan angan-angan sahaja namun segalanya adalah rezeki. Alhamdulillah, hari ini saya dan isteri, Ain Farahati Maarof, memilikinya dan mampu menjana pendapatan tetap kepada keluarga kami,” katanya.

Faridilatras berkata, penglibatannya dalam bidang hartanah tercetus apabila melihat kejayaan rakan-rakannya yang berkecimpung dalam bidang hartanah.

Dia juga mengagumi kejayaan ahli perniagaan rempah ratus di Masjid India yang berasal dari India, Ahmad Dawjee yang memiliki beberapa hartanah di Kuala Lumpur.

“Dia datang ke negara ini pada 1934 dan sudah melihat potensi hartanah di negara ini. Dia memiliki beberapa hartanah yang bernilai tinggi dan mewakafkannya kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Kesederhanaan peribadinya menjadi inspirasi kepada saya untuk terlibat dalam industri hartanah di negara ini yang mempunyai prospek yang besar,” katanya.

panduan-pengurusan-homestay
Faridilatras Abd Rahman - Usahawan Homestay

Lebih mengujakan, selain memiliki homestay dan rumah sewa di negara ini, Faridilatras juga mempunyai homestay di Australia.

Berkongsi kejayaannya, Faridilatras berkata, ia bukannya sesuatu yang mudah. Dia banyak membaca buku berkaitan hartanah, mengikuti kelas dan seminar untuk mendalami ilmu dalam bidang hartanah.

“Saya tidak malu mempelajari bidang hartanah kerana saya yakin industri ini akan memberikan kepuasan kepada diri saya. Pada mulanya, isteri saya tidak berminat dalam perniagaan, namun segalanya berubah apabila kecintaannya terhadap ini lebih mendalam berbanding saya,” katanya sambil berseloroh.

Faridilatras yang merupakan anak ke-2 daripada 5 adik beradik, tidak menoleh belakang lagi dan terus mengembangkan perniagaan itu yang dilihat mempunyai potensi yang besar.

"Saya tidak menyesal meninggalkan kerjaya sebelum ini. Ini pilihan saya dan latar belakang dalam bidang pengajian Islam tidak menjadi halangan kepada saya untuk terlibat dalam bidang hartanah dan homestay.

"Saya tidak akan melupakan rumah pertama yang saya yang dibeli di Kajang, Selangor kemudian ditambah sehingga menjadi beberapa buah rumah sewa.

“Saya belajar menyewakan rumah dan memberanikan diri membeli rumah yang lain. Saya tidak mempunyai masalah asalkan akaun bersih dan bayaran yang dijelaskan pada setiap bulan."

“Ada juga hartanah dicagarkan dan wangnya saya gunakan bagi membeli hartanah lain,” katanya yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Islam Madinah.

Kini, Faridilatras bukan sahaja pakar hartanah, malah menyediakan kelas serta seminar dan menganjurkan kursus hartanah pada bayaran RM2,000 untuk 3 jam.

“Saya mahu melatih mereka mengenai teori dan cara menilai hartanah. Mereka yang berminat dalam hartanah, membeli di bawah harga pasaran dan menjual semula apabila harganya meningkat beberapa kali ganda. Saya mahu mereka memiliki hartanah di kawasan tengah bandar,” katanya anak jati Perlis.

Homestay Elit Setanding Hotel


Menikmati suasana pagi di suasana kampung membangkitkan rasa damai dalam diri bagi mereka yang tidak mempunyai kampung dengan mendiami rumah inap atau homestay.

Pilihan yang ada untuk merasai suasana kampung adalah tinggal di homestay atau rumah rehat. Pastinya bunyi kicauan unggas, suasana perkampungan yang dikelilingi gunung dan sawah padi, pohon kelapa serta deruan sungai memberikan ketenangan dan membuatkan kita lupa pada tekanan dan kesibukan kerja.

Bagaimanapun, seiring dengan peredaran masa, ramai pemilik rumah yang tidak mendiami rumah mereka tetapi mengambil peluang menjadikan rumah mereka homestay terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar.

Pelbagai kemudahan disediakan oleh pengusaha homestay termasuklah peralatan, kemudahan solat serta kemudahan bilik yang kondusif untuk memberikan pengalaman yang menarik kepada pelanggan mereka.

Namun, bagi pengasas Homestay Fardain Place, Faridilatras Abd Rahman dan Ain Farahati Maarof, homestay yang diusahakan di kawasan bandar terutamanya sekitar kota metropolitan atau ‘segitiga emas’ Kuala Lumpur mampu menjana pendapatan lumayan.

Pengusaha homestay ini tidak gentar untuk bersaing dengan hotel bertaraf 5 bintang di kawasan tersebut, Fardain Place menyediakan kemudahan yang kondusif dan servis yang terbaik untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan.

Kenapa Memilih Homestay Di kawasan Segi Tiga Emas Kuala Lumpur?


Fardain Place tidak menganggap kunjungan tetamu di homestay kami adalah kunjungan yang terakhir. Kami akan memastikan setiap kunjungan mereka memberikan pengalaman yang manis dan sukar untuk dilupakan. 

Pemilihan kawasan segi tiga emas ini kerana kami melihat potensi lokasinya yang sentiasa menjadi pilihan warga tempatan dan pelancong antarabangsa. 


Kawasan ini adalah lokasi yang strategik kerana mempunyai pelbagai kemudahan asas dan beberapa pusat beli-belah terkemuka seperti KLCC dan Pavilion serta Bukit Bintang. 


Kebanyakan tetamu homestay kami adalah mereka yang hadir untuk melancong, urusan rasmi dan sebagainya. Dengan menawarkan harga yang berpatutan dan kemudahan serta fasiliti yang setaraf dengan hotel menyebabkan Fardain Place menjadi pilihan sejak 2014.

Apakah Kelebihan Yang Ditawarkan Untuk Bersaing Dengan Hotel Bertaraf 5 Bintang Di kawasan ini?


Kami menyediakan kemudahan homestay sejak beberapa tahun lalu dan sentiasa melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Kunjungan tetamu tanpa henti menyebabkan kami belajar pelbagai perkara terutamanya dalam pengurusan homestay melibatkan kebersihan, ketepatan waktu penyerahan dan pemulangan kunci dan fasiliti yang memberikan keselesaan kepada tetamu. 

Selain tetamu tempatan, kebanyakan tetamu adalah pelancong asing dari Perancis, Kanada, Eropah, Jepun, Korea, Arab dan banyak lagi. Fardain Place seperti ‘duta kecil’ negara untuk menunjukkan sikap rakyat di negara ini kepada orang luar. 


Kami menyediakan pelbagai kemudahan di sini seperti mana yang terdapat di hotel lima bintang, selain itu penggunaan password atau kata laluan untuk membuka pintu menyebabkan Fardain Place unik dan berbeza daripada homestay lain. 


Di samping itu, kemudahan internet, dapur untuk memasak, mesin basuh pakaian dan suasana homestay yang berkonsepkan moden memberikan keselesaan kepada tetamu. Malah, mereka boleh menggunakan segala kemudahan yang disediakan seperti mana penghuni di kondominium tersebut. Pastinya harga yang berpatutan yang ditawarkan memberikan kelebihan kepada Fardain Place.

Walaupun Masih Baru Dalam Industri Homestay, Apakah Strategi Yang Digunakan Untuk Ke Peringkat Antarabangsa?


Fardain Place mempunyai lebih 5 homestay di kawasan Kuala Lumpur iaitu di Regalia Residence, Jalan Sultan Ismail dan Vipod Residence di Jalan Kia Peng. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan peminat yang tersendiri.

Sudah tentu, teknik pemasaran yang betul dan kemudahan lain daripada yang lain mendorong kedua-duanya menjadi pilihan tetamu tempatan dan luar negara. Kami mempromosikan Fardain Place di laman sosial dan menawarkan tempahan dalam talian melalui kerjasama dengan penyedia platform berasaskan pelancongan sedia ada iaitu Agoda dan Booking.Com


Dalam masa sama, kami sentiasa melakukan penambahbaikan sistem prasarana teknologi maklumat sedia ada bagi memberikan perkhidmatan dalam talian yang lebih lancar agar menjadi perkhidmatan homestay dalam talian setanding apa yang ditawarkan di homestay luar negara. 


Pengenalan platform tempahan homestay dalam talian atau laman web sendiri dijangka memperluaskan pasaran kami selain menarik warga tempatan dan luar negara merancang percutian sendiri menggunakan platform internet. 


Alhamdulillah, setakat ini, bayaran homestay yang bermula daripada RM350 sehari menerima tempahan daripada mereka yang menginap untuk tempoh sehari semalam sehingga beberapa minggu. Kami juga bersedia untuk berunding mengenai harga yang ditawarkan sekiranya tetamu menginap di homestay kami dalam tempoh yang panjang.

Bagaimanakah Potensi Homestay Di Kawasan Elit Pada Masa Akan Datang?


Sebagai pendatang baru dalam bidang homestay di kawasan elit, kami harus bijak mengintai peluang dan sentiasa melakukan penambahbaikan dan meningkatkan servis kepada tetamu kami. 

Pendapatan homestay tidaklah besar namun ia mampu menjana keuntungan yang besar sekiranya kita bijak mengambil peluang. Fardain Place bermula dengan ‘kosong’ dalam industri homestay, namun sikap ingin mencuba dan belajar menyebabkan kami terus berada dalam lapangan ini. 


Industri homestay mempunyai potensi yang besar dan besar untuk berkembang maju kerana kita boleh menawarkan kemudahan setaraf hotel dengan harga yang berpatutan. 


Apa yang penting ialah mampu memberikan keselesaan kepada tetamu terutamanya yang mempunyai anak kecil kerana mereka memerlukan kawasan luas untuk bergerak bebas. 


Homestay di kawasan elit akan menjadi pilihan sekiranya pelbagai kemudahan yang disediakan memberikan keselesaan kepada tetamu dengan menawarkan bayaran yang berbaloi. 


Pemilihan lokasi seperti kemudahan pengangkutan awam, tempat makan-minum, pusat beli-belah yang tidak memakan masa dan jarak yang tidak jauh akan menjadi pilihan tetamu. 


Kebanyakan tetamu saya adalah warga asing dan maklum balas yang diberikan mengenai homestay kami ialah keselesaan dan menjimatkan masa dan wang mereka untuk menikmati percutian kerana tidak perlu mengeluarkan kos pengangkutan yang tinggi. Anak-anak mereka selesa untuk bermain kerana rumah yang luas dan sebagainya. 


Fardain Place mengajak anak muda yang ingin menceburi bidang perniagaan, memilih industri homestay kerana ia memberikan pulangan yang lumayan sekiranya bijak dan cekap mengambil peluang. Ia mampu menjana pendapatan tetap sekiranya meletakkan kelangsungan industri homestay dalam kondisi yang baik. Ia mampu memacu pertumbuhan pelancongan negara pada masa depan.

Apakah Perancangan Di Masa Depan?


Fardain Place akan melakukan pelbagai kemudahan yang menarik dan istimewa pada tahun ini terutamanya kepada pasangan yang ingin berbulan madu di ibu kota. Fardain Place akan menyediakan pakej yang menarik dengan harga yang berpatutan. 

Ia dijangka mendapat sambutan hebat kerana Fardain Place menerima permintaan tinggi daripada pelancong tempatan yang tinggal di luar Kuala Lumpur dan antarabangsa. 


Kami juga akan mengemas kini perkhidmatan pengangkutan untuk kemudahan tetamu homestay Fardain Place sekiranya mereka ingin ke luar kawasan lembah Klang antaranya Genting Highlands, Legoland dan sebagainya.

Fardain Place juga akan membuka beberapa homestay baharu di kawasan Kuala Lumpur dalam masa terdekat dan melihat potensi di beberapa lokasi strategik di luar Kuala lumpur antaranya Putrajaya dan kawasan yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa.

Jika anda seorang pengusaha homestay, dan mahukan pengurusan homestay bertaraf antarabangsa dan gaya jutawan, dapatkan ebook beliau ini dan "tiru macam saya". 


Klik Jutawan Homestay

Sumber: Adaptasi dari Sinar Online Jutawan homestay sedia kongsi ilmu

Thursday, October 18, 2018

Cabaran dan Mesalah Dalam Bisnes Homestay




Cabaran dan Mesalah Dalam Bisnes Homestay


Menjadi pengusaha homestay tidak selalunya indah. Ia akan menjadi indah jika semuanya berjalan dengan lancar dan teratur. Bisnes homestay akan memeningkan kepala jika tidak berlaku seperti yang dirancangkan.

Walaubagaimanapun segala masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, yang pasti kita sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.

Mengapa Tidak Mengambil Deposit Homestay

Cabaran pengusaha homestay yang pertama ialah mengenai bakal penginap, semasa menginap dan setelah selesai menginap. Panggilan daripada penginap buat pertama kalinya, kita pasti akan merasa teramat teruja hingga kita lupa segala galanya. Kita lupa bertanyakan nama, tempat tinggal penginap dan tujuan menginap. Yang kita ingat hanyalah tarikh check in dan check out.

Sampai masa yang dijanjikan bakal penginap tidak datang, sebelum ini kita dah menolak beberapa permintaan dari penginap lain. Telefon beberapa kali, tidak berangkat. Ishh...memang confirm tidak jadi nih. Untuk mengelakkan rugi 100%, sejumlah deposit memang perlu diambil. Sekurang kurangnya kita ambil 30%.

Mengapa deposit perlu diambil, pertama sekali tanda confirm booking, ini untuk kepentingan penginap sendiri. Kita tidak mahu ada pertindanan beberapa orang penginap yang berbeza tetapi pada masa yang sama.

Yang kedua ialah untuk mengurangkan kos kerugian oleh pengusaha homestay, apabila bakal penginap membatalkan penginapan di saat akhir. Ini untuk mengelakkan bakal penginap dengan sewenang wenangnya membatalkan penginapan dan memilih hometay yang lain.

Terdapat juga bakal penginap yang sudah bayar deposit dan sudah sampai di homestay, tiba tiba membatalkan penginapan, kadang kadang alasan yang diberi tidak munasabah seperti ada anak keciklah, jauhlah, nak homestay yang bangunan solo dan macam macam. Kadang kadang terfikir, di mana logiknya alasan tersebut.

Isu Homestay Yang Dikatakan Jauh!

Menurut pengalaman penulis, ada bakal penginap yang memberi alasan jauh, hasil dari carian Google maps. Sedangkan jalan yang dilaluinya bukan itu sahaja laluannya. Banyak lagi laluan ke lokasi homestay yang terbukti lebih dekat dan mudah. Macamana hendak mengatasi masalah itu, maknanya sejurus sahaja bakal penginap sampai di daerah berdekatan dan panggilah pemilik homestay yang pelanggan dah sampai dan akan datang ke homestay melalui google maps.

Secepat mungkin beritahu dengan jelas jalan utama yang harus mereka lalui. Jika tidak bakal penginap akan melalui jalan alternatif yang penuh dengan hutan rimba atau jalan berlubang lubang atau menyelusuri sungai. Akhirnya mereka berpendapat homestay kita tidak seperti indah yang digambarkan melalui media sosial. Pasti terpalit perkara perkara negatif.

Minta Sewa Homestay Dikurangkan

Terdapat juga bakal penginap yang meminta supaya sewa dikurangkan, ini bergantung kepada budi bicara pengusaha homestay. Bagi penulis jika hari biasa bolehlah kurang sedikit, tetapi jika hari cuti sekolah atau cuti umum, apabila permintaan untuk menginap di homestay tinggi, maka pengurangan sewa homestay tidak sepatutnya berlaku.

Malah bakal penginap harus tahu, harga yang ditetapkan oleh pengusaha homestay sebenarnya sudah cukup berbaloi terutamanya homestay yang memiliki infrastruktur yang mencukupi dan lengkap, sebab apa, sudah dapat homestay yang berbaloi dengan harga yang berpatutan dan kemudahan lengkap. Maka, penginap tidak seharusnya kedekut membayar.

Check-in Check-Out

Satu perkara lagi, bakal penginap yang tidak menegaskan bila nak check in atau check out. Sesungguh setiap apa yang kita lakukan ketegasan itu amat penting. Jika tiada ketegasan ,sesuatu keputusan sukar dibuat. Dan untuk makluman bakal penginap, pengusaha homestay orang bisnes dan sebagai orang bisnes masa amat penting. Maka tetapkan masa check in dan check out dengan jelas dan pasti supaya tiada pembaziran masa menunggu di situ.

Untuk mengatasi masalah in, ketegasan perlu ada kepada pengusaha homestay. Apabila ada ketegasan maka ada keputusan yang jelas maka kita tidak akan membazir masa sewenang wenangnya. Masa yang ada boleh digunakan untuk mengurus serta mengemaskini fail fail malah boleh digunakan untuk promote homestay Sebagai pengusaha homestay yang punya impian besar, pasti dapat menerima kenyataan ini dengan fikiran terbuka dan positif serta mencari cara mengatasi masalah sejurus berlakunya sesuatu masalah.

Masalah Fizikal Homestay

Cabaran juga timbul semasa penginap menginap, sebagai contoh pengusaha mesti bersedia jika berlaku sesuatu yang tidak diingini sebagai contoh black out, paip air tercabut, tombol pintu utama rosak atau litar pintas. Pengusaha homestay mesti bersedia dari segi mental dan fizikal, maknanya kita bersedia atas apa kemungkinan yang berlaku, juga bersedia membaikinya pada bila bila masa.

Disiplin Penginap Homestay - Bau Asap Rokok

Cabaran ketiga ialah selepas penginap check out. Ada penginap yang tidak mengendahkan arahan jangan merokok di dalam homestay. Keadaan ini membuatkan pengusaha homestay pening kepala untuk melenyapkan bau asap rokok dalam homestay. Penat betul, jika kita selaku penginap memang tidak selesa jika ada bau-bau yang tidak menyenangkan terutamanya di dalam homestay itu sendiri.

Nampak remeh, tetapi itulah kenyataan, segala peralatan seperti toto, selimut, sarung bantal, cadar. sarung kusyen dan langsir semua bau asap rokok. Semuanya mesti basuh dan ditukar, bau asap rokok memakan masa beberapa hari untuk dihilangkan, maka perkara utama yang perlu ditegaskan kepada bakal penginap ialah larangan merokok di dalam homestay, tegaskannya sejurus penginap check in. Tampalkan poster larangan merokok di segenap penjuru ruang jika pengusaha homestay terlupa beritahu.

Pengusaha homestay wajib mengetahui petua petua tradisional atau moden bagaimana cara untuk menghilangkan bau asap rokok. Kepada bekas penginap homestay, ini adalah tanda tanda anda atau keluarga anda akan diterima untuk sekian kalinya. Kami akan lebih berhati hati untuk menerima anda semula.

Sebagai penginap homestay bertangungjawab, sama sama kita mengambil tanggungjawab ini dengan serius supaya tiada orang yang susah atau sakit hati. Ada juga di kalangan penginap yang sempat lagi membersihkan persekitaran homestay menyapu mencuci malah membakar sampah yang digunakan sebelum check out. Dapat penginap seperti ini, alhamdulillah, ia dialukan oleh pengusaha homestay dan mengharapkan kedatangan mereka lagi.

Akhir sekali, jadikan bisnes homestay sebagai kerjaya utama pengusaha homestay bukan sekadar pendapatan sampingan sahaja. Impikan sesuatu yang mengembirakan yang akan berlaku hasil daripada bisnes ini. Kembangkan bisnes homestay secara perlahan lahan dengan cara memberi personal coach, kursus asas pengusaha homestay, freelance blogger tentang homestay, pengurus agensi pelancongan antarabangsa dan sebagainya. Selamat berjaya.